
Syarikat minyak dan gas yang berpengkalan di Korea Selatan, Hyundai Oilbank baru-baru ini telah mengumumkan bonus sebanyak 120 bulan gaji kepada kakitangannya.
Advertisement
Ini kerana prestasi syarikat yang amat baik dan keuntungan syarikat tersebut meningkat sehingga 226% pada suku ketiga 2022 sahaja. Syarikat berkenaan memperolehi keuntungan sebanyak $2.9 Billion. Keuntungan ini menyaksikan pekerjanya diberi 1000 % daripada gaji tahunan mereka. Tetapi mereka tidak mendedahkan nilai sebenar bonus yang diberikan namun pada tahun 2021 ada pekerja mereka yang mendedahkan menerima bonus pada kadar 600%.
Syarikat minyak & gas yang lain juga dijangka akan mengumumkan bonus tidak lama lagi bagi pekerja mereka setelah mencatatkan keuntungan seperti SK Energy, S-Oil dan GS Caltex.
Sebelum ini, viral berita berkenaan sebuah syarikat kapal kontena dari Taiwan , Evergreen Marine Corp yang memberikan bonus sehingga 52 bulan kepada pekerjanya.
Sumber: Astro Awani