Skip to main content

Advertisement

Individu langgar peraturan berkaitan mercun boleh dikenakan tindakan termasuk denda RM10,000

Orang ramai dinasihatkan agar bermain bunga api di kawasan lapang selain mengamalkan langkah-langkah keselamatan. 

Ketua Polis Negara berkata langkah itu bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan, kebakaran dan gangguan komuniti yang sering dikaitkan dengan pembakaran mercun secara tidak terkawal. 

Individu yang melanggar peraturan berkenaan boleh dikenakan tindakan termasuk penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000. 

__

Lebih 26,000 permohonan diterima bagi kemasukan murid berusia enam tahun sejak tiga hari pembukaan Pendaftaran Tahun Satu Sesi Akademik 2027. 

Ketua Pengarah Pendidikan berkata lebih 165,000 permohonan turut diterima bagi kemasukan murid Tahun Satu berusia tujuh tahun. 

Pendaftaran Tahun Satu Sesi Akademik 2027 masih dibuka sehingga 31 Mac depan secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan. 

__

Dan, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) akan diperkasakan lagi bagi membantu individu yang menghadapi tekanan perasaan. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata PSSS turut meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih peka dengan keadaan jiran atau orang sekeliling.  

Tambah Datuk Seri Nancy Shukri, kejadian pembunuhan ahli keluarga semakin membimbangkan dengan sekurang-kurangnya enam kes berlaku dalam tempoh Januari hingga kini. 

Baru-baru ini, lima sekeluarga termasuk suspek ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Kuantan. 

SINAR Today's Best Music