Orang ramai boleh menikmati diskaun 30 peratus bagi semua laluan perkhidmatan ETS sempena Ramadan.
KTMB berkata tawaran itu tertakluk sehingga Ahad ini.
Terdahulu, KTMB turut menawarkan diskaun 20 peratus bagi beberapa perjalanan ETS sempena Tahun Baharu Cina dan menjelang Ramadan.
__
Jabatan Agama Islam Selangor tidak akan mengenakan tindakan dengan 'mengangkut' pesalah menggunakan van jenazah disebabkan ponteng puasa.
Sebaliknya, umat Islam yang tidak berpuasa akan dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan kerana tidak menghormati bulan Ramadan.
__
Dan, seorang lelaki didakwa dera anak tirinya di Setapak telah ditahan sebelum didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, Disember tahun lalu.
Terdahulu, video viral memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, menendang serta arahkan seorang kanak-kanak berlari berulang kali.