Skip to main content

Advertisement

Ramadan Bukan Punca Kes Tibi Meningkat

Ramadan Bukan Punca Kes Tibi Meningkat

Bulan Ramadan bukanlah punca kepada peningkatan kes jangkitan tibi di negara ini.

Namun jelas KKM, peningkatan aktiviti sosial sepanjang bulan itu secara tidak langsung tingkatkan interaksi masyarakat sekali gus berpotensi menyumbang kepada risiko jangkitan.

Susulan itu, orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan dan majlis berbuka puasa disaran terus amalkan langkah kesihatan kendiri termasuk etika batuk dan bersin yang betul dan pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak.

Hampir 600 kes baru tibi dikesan di seluruh negara minggu lalu, meningkat lebih 20 peratus berbanding minggu sebelumnya.

SINAR Today's Best Music