Skip to main content

Advertisement

Benjamin Sesko Selamatkan Maruah Man United

Rekod kemenangan 100 peratus Manchester United di bawah kendalian Michael Carrick akhirnya lebur. 

Ini selepas United seri 1-1 dengan tuan rumah, West Ham pada aksi EPL awal pagi tadi. 

Ketinggalan 1 gol, pemain gantian, Benjamin Sesko muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-6 waktu kecederaan. 

Keputusan itu sekali gus bantu skuad The Red Devils kekal dalam kelompok 4 teratas liga. 

Aksi lain berkesudahan, 

Leeds bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk seri 2-2 dengan Chelsea, 

Newcastle menewaskan tuan rumah, Tottenham 2-1, 

Dan Everton kalah 1-2 kepada Bournemouth. 

..... 

Beralih ke bola sepak tempatan, JDT tewas 1-2 kepada kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima pada aksi ACL Elite semalam. 

Tuan rumah itu bangkit daripada ketinggalan dengan menjaringkan 2 gol selepas pertahanan JDT, Jonathan Silva dilayangkan kad merah pada minit ke-16. 

Anak buah Xisco Munoz itu kini menghuni tangga ke-7 kumpulan dan wajib menang pada aksi terakhir untuk mara ke peringkat seterusnya. 

..... 

Akhir sekali, BAM memaklumkan penganjuran Terbuka Malaysia bermula tahun depan dijangka lebih mencabar berikutan penyusunan semula Jelajah Dunia BWF. 

Jelasnya, tempoh pertandingan yang lebih panjang dan kenaikan hadiah wang kemenangan memberi cabaran lebih besar untuk kejohanan bertaraf Super 1000 itu. 

SINAR Today's Best Music