Skip to main content

Advertisement

ACLE: JDT sahkan slot ke pusingan 16 terbaik!

JDT mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit! 

Skuad kendalian Xisco Munoz tewaskan Vissel Kobe 1-0 pada aksi terakhir kumpulan malam tadi. 

Marcos Guilherme muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan sekali gus bantu skuad Harimau Selatan melonjak ke tangga keenam dengan 11 mata. 

__

Real Madrid catat kemenangan 1-0 ke atas Benfica pada aksi pertama play-off Liga Juara Juara, awal pagi tadi. 

Gol tunggal dijaringkan oleh Vinicius Junior pada minit ke-50. 

Bagaimanapun, perlawanan itu dihentikan lebih 10 minit selepas Vinicius mendakwa menjadi mangsa penghinaan berunsur rasis.  

Ia bukan kali pertama Vinicius alami penghinaan sedemikian yang turut menyaksikan 5 individu dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan sama, tahun lalu. 

__

Dan, Arsenal intai peluang untuk melebarkan jurang kepada tujuh mata di puncak carta EPL apabila berdepan Wolves, awal pagi esok.  

The Gunners kini berada pada prestasi terbaik selepas catat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Wigan pada aksi keempat Piala FA, baru-baru ini. 

Skuad kendalian Mikel Arteta mengungguli kedudukan dengan 57 mata, beza empat mata dengan pencabar terdekat Manchester City. 

Ikuti aksi antara Wolves dan Arsenal secara langsung jam 4 pagi nanti di Astro, saluran 811 dan aplikasi Sooka! 

SINAR Today's Best Music