Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Buka Ruang Kepada Bakat Baharu, #PenyampaiEmasSINAR Beri Peluang Orang Awam Ceburi Bidang Penyiaran

buka ruang kepada bakat baharu, #penyampaiemassinar beri peluang orang awam ceburi bidang penyiaran

Stesen radio, SINAR tampil dengan satu inisiatif istimewa apabila membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyerlah dalam dunia penyiaran menerusi program Penyampai Emas SINAR, khusus buat mereka yang berusia 35 tahun ke atas.

Advertisement

Program ini diwujudkan sebagai platform untuk individu yang mempunyai minat dan bakat dalam penyampaian radio, tetapi mungkin sebelum ini merasakan usia atau peluang menjadi penghalang untuk mencuba bidang tersebut.

Menurut Pengurus Jenama SINAR, Zureen Effandi, inisiatif ini bertujuan membuka ruang kepada suara baharu yang berpotensi, tanpa mengehadkan faktor umur.

“Kami percaya setiap individu ada cerita dan pengalaman hidup tersendiri. Penyampai yang matang selalunya lebih dekat dengan pendengar kerana mereka bercakap berdasarkan pengalaman sebenar,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Untuk menyertai program ini, peserta hanya perlu merakam video pendek berdurasi kurang daripada satu minit dan memuat naiknya ke media sosial seperti Instagram atau TikTok. Dalam video tersebut, calon perlu memperkenalkan diri serta bercakap seperti seorang penyampai radio sambil menyebut tagline rasmi stesen, SINAR Muzik Retro Terbaik.

Ujibakat peringkat awal dijalankan secara dalam talian dan dibuka sehingga 9 Januari 2026. Mereka yang terpilih akan dipanggil ke sesi uji bakat terbuka yang dijadualkan berlangsung di MYDIN USJ Subang pada 10 Januari 2026, dengan lokasi lain akan diumumkan kelak.

Tambah Zureen lagi, SINAR mencari calon yang mempunyai personaliti menarik, suara yang mesra pendengar serta mampu membawa kandungan yang relevan kepada golongan sasaran stesen tersebut.

“Usia bukan ukuran. Apa yang kami cari ialah kejujuran, keyakinan dan kemampuan untuk berhubung dengan pendengar,” jelasnya.

Program Penyampai Emas SINAR dilihat sebagai satu langkah untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang masih menyimpan impian berada di belakang mikrofon radio, sekali gus membuktikan bahawa minat dan bakat boleh diketengahkan pada bila-bila masa.

Dengan pendekatan ini, SINAR berharap dapat melahirkan penyampai baharu yang mampu menyuntik warna segar dan pengalaman bermakna ke dalam dunia penyiaran radio tempatan.

SINAR Today's Best Music